Feed on
Posts
Comments

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Di sini di sertakan gambar birthday ke 3 Hariz tempoh hari, sorry laa lambat post gambar tu…

Kek Birthday

Kek birthday Hariz yang ke 3, kecil saja sesuai dengan Hariz tu.

Birthday Hariz

Hariz tersenyum lebar dengan kek birthday tu..

Birthday Hariz2

Hariz bersedia untuk meniup lilin tu…apa lagi nyanyikan lagu birthday baru Hariz boleh tiup….

Ok jumpa lagi bye…..

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, hari ni 17 Jun merupakan birthday Hariz yang ke 3 dan birthday MHarizDotCom yang pertama.

Birthday Hariz3

Ultraman Daia di tangan tu kira hadiah birthday laa…

Bye….bye….

Assalamualaikum,

Apa khabar, bersambung kita dalam aksi Ultraman Bersama MHariz.

Ultra8

Wah banyak betul Ultraman ni… otak Jepun betul laaa …macam ni mau koyak poket mak bapak nii… kalau la Hariz buat koleksi nii.

Ultra9

Sementara menunggu tu, bergambar dengan seriusnya. Lepas makan di McD tu , Hariz dan ayah terus ke pentas semula lebih kurang jam 12.35 tengahari dan terkejut di buatnya kerana ramainya peminat Ultraman sudah beratur. Hariz terpaksa beratur panjang macam dua pusingan laaa….

Ultra10

Disebabkan ramai sangat dah menunggu, penganjur mengambil langkah bijak dengan memulakan acara pada 12.45 tengahari iaitu awal 15 minit. Tiga ultraman keluar melakukan aksi iaitu Ultraman Nexus, Ultraman Tiga dan Ultraman Max. Untuk bergambar tu bukan percuma , RM 12.oo kena keluar dari poket mak ayah masing masing, dan juga satu permainan RM 23.00 paling murah tuu … yang besar sikit tu RM60.00. Setelah 40 minit ayah mendukung Hariz, maka sampai la giliran Hariz untuk bergambar.

Ultra2

Inilah aksi hanya beberapa saat jee, nasib baik laa dapat juga bergambar dengan Ultraman Nexus. Ayah juga melakukan aksi yang sama tapi kalau ayah jadi raksasa tu mahu pengsan Ultraman yang saiz lebih kecil dari ayah tu kena belasah oleh ayah. Setiap peserta hanya bergambar dengan satu Ultraman sahaja. Nasib baik laa mak Hariz dapat ambil gambar ni , gambar yang di ambil oleh penganjur hanya 4R jee….

Ok laaa sekian lah perjalanan Hariz dengan Ultraman..

Bye…

Assalamualaikum,

Tentu ramai yang dah tak sabar untuk mengikuti perkembangan Hariz ke Ultraman Showcase di Sungei Wang Plaza pada hari Sabtu 7 Jun yang lepas. Semperna cuti sekolah, walaupun Hariz ni tak sekolah lagi, tapi Hariz pun berjangkit demam Ultraman ni.

Ultraman Show

Yaa …inilah 3 Ultraman yang akan mengegarkan Sungei Wang Plaza, Ultraman Nexus, Ultraman Tiga dan Ultraman Max. Ayah tahu pasal ni sebab ada iklan dalam The Star.

Tengok Ultraman

Apa lagi , pagi pagi lagi , Hariz, mak, Tuk, mak su dan ayah segera ke KL untuk menyaksikan Ultraman. Sempat juga posing dekat KLCC tu . Ayah parking dekat KLCC dan terus berjalan ke Pavilion. Dari situ melalui Bintang Walk dan terus ke Sungei Wang Plaza. Lebih kurang 30 minit juga berjalan. Saja ayah parking kat situ sebab bila balik nanti , Hariz nak ronda ronda di Pavilion pulak.

Mainan Ultraman

Sampai di Sungei Wang lebih kurang jam 11.30 pagi . Apa lagi rambang mata Hariz laa tengok banyak mainan Ultraman ni…”Wah banyaknya mainan nii….tak tahu nak pilih yang mana satu nii…. Semua Ultraman ada la….”.

Pilih Ultraman

Dalam sibuk sibuk memilih permainan tu, sempat lagi berposing untuk bergambar.

Ultraman berdua

Dan tak lepaskan peluang dengan 2 Ultraman… tu macam Ultraman Max dan satu lagi tak pernah tengok pun…. mesti Ultraman baru. Lepas ronda setengah jam tu , Hariz pergi lepak dekat Mc Donalds bersebelahan dengan pentas tu sementara menunggu Ultraman muncul pada pukul 1 tengahari .Jangan lupa untuk ikuti sambungan Hariz bergambar dengan Ultraman Nexus di atas pentas tu….

Bye…. bye….

Akan Datang…….

Ultraman Nexus

Hariz tersenyum lebar dengan Ultraman Nexus di belakang dan Ultraman Daiya di tangan.

Thomas and Hariz

Assalamualaikum semua,

Apa khabar ? Ingatkah lagi Thomas iaitu keretapi popular dalam siri kanak kanak tu; yang dah lama Hariz mengidam dan akhirnya dapat juga beli masa di MidValley Mega Mall tu.

Thomas1

Hariz dangan bangganya bersama Thomas . “Cepat laa buka , ayah”dengan tak sabarnya.

Thomas2

Inilah Thomas Set paling basic ni…. kalau ikutkan Hariz nak beli semua , Thomas dan kawan kawan ….. juga termasuk gunung dan terowong.

Thomas3

Sibuk mengubah suai lampu isyarat tu . Ini adalah set paling basic iaitu Thomas dan 2 gerabak, landasan, pokok dan lampu isyarat.

Thomas4

Ok …jumpa lagi ..Hariz nak teruskan dengan bermain dengan Thomas ni..

Bye……..

The Gardens Mid Valley

Assalamualaikum,

Lama tak sambung cerita Hariz ni… Sebenarnya lepas main-main tu Hariz ke Pizza Hut untuk makan tengahari. Disebabkan kelaparan yang sangat Hariz habiskan 3 keping garlic bread . Lepas tu pergi jalan jalan pulak ke The Gardens.

Gardens1

Gardens Mid Valley luas tapi tak ramai orang, mungkin sebab barangan tu branded dan mahal maka tak ramai berani ke sana. Tapi Hariz tetap teruja walaupun tak beli apa apa di sana.

Gardens2

Dah penat berjalan jalan tu … releks la pulok …pakcik weh..

Sekian, sebenarnya perjalan ni satu hari jee…tapi entry tu sampai sebulan.

Assalamualaikum,

Bersambung kita dalam aktiviti Hariz di Mid Valley tu. Selepas beli Thomas tu

Hariz terus tak lepaskan peluang ke tempat permainan yang terletak bersebelahan.

Fireman01

Tak melepaskan peluang memandu kereta bomba ala ala Fireman Sam iaitu satu lagi siri kegemaran dalam Astro Ceria.

Fireman02

Lagi aksi dengan kereta bomba tu. Lepas tu Hariz terus ke permainan yang lain pulak.

Bowling1

Terus saja main bowling kat situ, sebenarnya inilah kali pertama Hariz main bowling ni.

Bowling02

Walaupun baru kali pertama tapi Hariz dapat 2 kali strike tau…..

Bowling03

Tengok tu aksi Hariz , dengan penuh kosentrasi untuk buat balingan, Hariz mendapat kedudukan ke-3 keseluruhan . Boleh tahan jugak untuk kali pertama. Sebenarnya Hariz teruja untuk main bowling tu selepas tengok budak gemuk kat sebelah tu main.

Okay teruskan lagi mengikuti perjalanan Hariz.

Bye….. bye……

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa akitiviti Hariz sekarang ni . Hari tu Hariz telah pergi ke Mid Valley Mega Mall untuk menunaikan hajat Hariz membeli permainan baru tapi dah lama mengidam tu.

Kepong Sentral1

Ni gambar Hariz tengah posing kat depan Stesen KTM Komuter di Kepong Sentral. Hariz menggunakan stesen ni kerana ianya stesen paling dekat dengan rumah Hariz di Selayang tu.

Kepong Sentral2
“Ahh…..lambat pulak keretapi ni..”

Hariz dengan bangganya sedang menunggu KTM Komuter.

Komuter

Gambar dalam Komuter dalam keadaan terkejut kerana ramai sangat orang hari tu. Dari Kepong Sentral ke stesen MidValley mengambil masa lebih kurang 25 minit je.

Sampai di sana terus round round dan cari tempat mainan.

Mid Valley1

Hariz dengan bangga dan konfius kerana dapat beli Thomas iaitu permainan keretapi seperti yang di tayangkan setiap hari di Astro tu. Sebenarnya bila sampai kesana tu Hariz hampir lupa untuk membeli Thomas kerana menukar pilihan ke Ryukendo, dan ke Power Rangers , ke macam macam mainan lain dan akhirnya kembali ke Thomas.

Jangan lupa sambungan perjalanan Hariz….

Bye……. Bye…………..

Mhariz dan Xpax

Assalamualaikum,

Sapa kata MHariz tak ada Xpax. Sapa kata … Sapa kata …..Nah ni MHariz dengan Xpax dia.

Xpax01

Hariz dengan bangganya dan aksi kembang hidung menunjukkan Xpax Celcom nya. Semua ini gara gara iklan Xpax untuk slot Aksi di TV3 bagi drama Impak Maksima.

Xpax02

Lagi aksi bangganya Hariz dengan Xpax . Untuk perhatian: Hariz tidak di bayar untuk tujuan iklan Xpax ini , ini adalah semata mata pengaruh iklan di TV tapi kalau Celcom nak bayar tu di alu alukan untuk melantik Hariz sebagai Duta Kecil Xpax.

Bye ……bye……….

Older Posts »